Telur Import Dah Masuk Ke Pasaran Tempatan
Nak kongsi fakta pasal telur:
1. Telur import ini berwarna putih. Faktanya adalah telur ayam dlm pasaran global punyai 2 warna utama iaitu putih dan coklat (brown). Ada juga yg tidak putih seperti warna cream dan sandy, dan ada juga yg warna coklat cerah. Faktor genetik yg pengaruhi warna telur.
2. Warna Sandy adalah warna merupai pasir laut. Walau pun telur itu putih, coklat, cream atau sandy….kandungan semulajadi dlm telur adalah sama. Ada satu lagi jenis telur berwarna kebiruan… iaitu dari ayam baka Aracauna.
3. Warna bulu ayam tak semestinya akan menentukan warna permukaan kulit telur. Ayam hutan warna kemerahan (yg betina coklat gelap)…tapi telurnya warna putih. Ada juga ayam berbulu putih punyai telur warna coklat. Yg tepat sikit ialah lihat pada warna telinga ayam. Jika warna telinga putih/keputihan…. maka warna telur adalah putih. Jika warna telinga tidak putih (kemerahan)… maka warna telur boleh jadi coklat, putih atau warna lain. (Ayam hutan punyai kelopak telinga yg putih).
4. Tak kira warna telur, kandungan dlm telur adalah sama jika makanan dan cara pengurusan adalah sama. Telur2 yg dijual dipasaran sbhg besarnya adalah dari ayam yg dipelihara secara berkurung dalam sangkar. Bahan yg dicampur pada dedak ayam yg membuat ia berbeza sedikit. Jika berlebih bahan sumber omega 3 ada dlm dedak ayam, maka telur mengandungi kandungan omega 3 yg tinggi (Telur omega sepatutnya mengandungi lebih dari 100mg omega 3).
5. Rata2 telur pada pasaran tempatan adalah warna coklat. Tapi, jika lihat kat negara2 lain atau negara jiran…ada pilihan utk beli yg warna putih atau pun coklat. Kemungkinan semua pengusaha telur tempatan berpakat utk pelihara ayam penelur yg hasilkan telur warna coklat.
6. Berhati-hati dan jangan keliru dgn label. Terdapat telur warna putih/keputihan yg dijual dgn label “telur kampung”. Sebenarnya ia adalah bukan telur dari ayam kampung tempatan kita. Ia adalah dari ayam hybrid penelur juga yg hasilkan telur warna putih. Dalam aspek ini, kita lihat agensi penguatkuasa kita begitu lemah sekali dan tidak ambil tindakan. Piawaian utk dijadikan standard pun tidak menjelma. Pembeli telah ditipu bertahun-tahun lamanya. Apabila telur memiliki jenama tertentu…. maka ia terlepas dari peraturan siling harga.
7. Telur yg paling sihat adalah telur dari usaha secara lepas bebas (free ranging)… dgn syarat kawasan free ranging sentiasa menghijau dan kaya dgn fauna dan flora semulajadi sebagai sumber makanan semulajadi. Telur free ranging ada kapasiti utk hilangkan alahan seperti eczema. Kandungan nutrien (vitamin, mineral dll) adalah lebih tinggi.
8. Telur warna coklat punyai kelebihan utk lindungi/camouflage kekotoran kecil di permukaan telur. Yg warna putih sudah pasti kelihatan bersih dan kekotoran yg kecil pun mudah kelihatan. Pengguna yg pentingkan kebersihan mungkin akan pilih telur yg warna putih.
9. Adakalanya negara yg mengimport (seperti Singapura) menetapkan yg telur perlu dicuci (dibersihkan)dahulu sebelum dieksport. Setelah dicuci, telur disalut dgn mineral oil agar mutu dalaman telur terpelihara.
10. Telur mempunyai lapisan mucus semulajadi pada permukaan telur yg dipanggil cuticle atau bloom. Lapisan ini adalah benteng bagi menghalang benda asing (seperti bakteria) menembusi kulit telur. Kulit telur mengandungi 17,000 liang/pores yg perlu dilindungi agar tidak dimasuki bakteria. Oleh itu setelah telur utk dieksport dicuci, diberikan perlindungan dgn diselaputi permukaan telur dgn mineral oil.
11. Jangan terus cuci telur telur setelah dibeli. Hanya cuci sebelum digunakan. Telur boleh kekal segar selama 2 minggu pada suhu bilik, dan akan kekal segar selama sebulan jika disimpan dingin dlm peti sejuk. (Dibukti melalui kajian PhD Thesis student saya di UPM)
12. Jika hendak cuci telur, cuci dgn guna air suam atau suhu air yg tinggi sikit dari suhu telur (jika nak disimpan telur selepas itu). Elak guna air yg suhunya rendah sebab akan berlaku contraction/kecutan bhg dalaman telur ketika ducuci … yg akan sebabkan bahan asing masuk ke dalam telur (melalui pores pada permukaan telur).
13. Bukan semua telur yg anda beli adalah guarantee bersih (kecuali pengusaha dah bersihkan) sebab telur keluar dari badan ayam melalui perkongsian rongga yg sama, iaitu tahi ayam dan air kencing ayam juga keluar ikut rongga yg telur ayam keluar. Lantai tempat telur ayam mendarat selepas keluar dari rongga (kloaka) ayam pun biasanya tidaklah bersih. Pada lantai yg sama, tahi ayam akan mendarat.
14. Pastikan anda jaga kebersihan. Cuci telur sebelum dipecahkan. Mengikut laporan kajian terkini, ada kebarangkalian/probability 10% telur yg dihasilkan oleh pengeluar tempatan mengandungi bakteria salmonella. Ladang pengeluar telur wajib patuhi SOP kawalan kesihatan ternakan ayam sebab bakteria salmonella boleh juga masuk ke dalam telur semasa di ladang ayam (walau pun dipermukaan luar telur adalah bersih).
15. Akhir sekali, pengguna perlu terima hakikat utk beli telur tempatan dgn harga melepasi 50 sen sebiji sebab kos produksi telur telah meningkat. Perkiraan saya menunjukkan yg kos makanan ayam sahaja sudah melepasi 40 sen sebiji. Ini tidak lagi dikira kos buruh, utiliti, kos bina reban, bayaran balik pinjaman, kos ubatan, kos mengred, kos membungkus, kos pengangkutan dll.
Dr Azhar Kasim
20 Disember 2022